Klik-Klik Lah Ye

Jumaat, 3 Januari 2014

Siapa Jodoh Aku...???

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Tahun Baru... hari ni dah masuk tahun baru 2014!!.. cepatnya masa berlalu.... Anak aku pun dah boleh berjalan.... la ni umoq dia dah 1 tahun 2 bulan setengah...umuq 1 tahun 1 bulan dah boleh jalan...

teringat plak zaman aku belajaq sekolah menengah Form 6, masa tu la aku kenai laki aku ni, tu pun adik angkat aku yang perkenalkan.... adik angkat ni aku kenai masa aku ngan dia dok asrama, dia yang  nak aku jadi kakak angkat dia sebab dia takde kakak.... aku pun setuju.... masa abang dia (laki aku) nak masuk belajaq kat sekolah aku, dia tau yang adik dia ni ada kakak angkat, so, dia minta adik dia ni perkenalkan aku ngan dia.... masa awal perkenalan tu, adik angkat aku ni telepon rumah aku guna telepon rumah dia, dia bagitau yang abang dia  nak berkenalan dengan aku.... mula2 aku segan gak ler, ntah macam mana masa aku dok cakap ngan dia, dia pi pass tepon tu kat abang dia, so abg dia dengaq la soqha aku.... malu aku taw.... tapi akhirnya aku setuju la nak berbual ngan dia dan berkawan dengan dia...

Kami pun berbual la kat tepon.... lama gak ler, hampir setengah jam... masa tu kami tak berjumpa lagi... hampir 2 minggu kami hanya kenai soqha melalui tepon, akhirnya laki aku masuk ke sekolah aku.... dan dia satu kelas dengan aku... sebelum ni laki aku sekolah dekat Pulau... (bahagian Pulau)  dia dok kat hostel... sekolah laki aku tu memang femes la kat Penang.... anak sedara aku pun sekolah kat situ jugak dan ada yang bekas pelajar kat situ.... sekolah JUST FOR BOYS ONLY.... from Form 1 until Form 5... Form 6 bolah campur laki pompuan, tapi laki aku tak berminat nak belajaq Form 6 kat sekolah dia.... tu yang dia nak masuk sekolah aku, lagi pun dekat ngan rumah dia....

Masa dia masuk kelas aku, Guru Kelas aku ni pulak kebetulan bekas guru kat sekolah dia... Masa pelantikan Ketua Kelas, cikgu aku ni lantik la aku.... untuk penolong ketua kelas, dia lantik laki aku... tu pun sebab budak2 laki lain tak mau jadi penolong, bila mai turn laki aku dia Tanya, laki aku setuju.... guru kelas aku ni pun tau yang laki aku ni bekas pelajar sekolah dia dulu....

Bila kami dah jadi ketua dan penolong ni, memang kami makin rapat la.... dan kami pun dah mula suka sama suka.... masa pi Kem Bina Negara kat Perak, lagi la kami rapat... Kem Bina Negara ni untuk pelajar2 Tingkat 6 sekolah2 di Pulau Pinang, 3 hari 2 malam kami kat sana... memang best la... walaupun masa tu aku ngan dia group lain2, tapi kami akan curi masa untuk berjumpa.... masa kat Kem tu, ada la sorang dua mamat yang minat ngan aku.... siap dia kol telefon rumah aku.... nak berkenalan dengan aku!! masa tu aku baru je sampai rumah dari kem tu... mana dia dapat no telefon rumah aku pun entahler....

Tapi aku tak layan dia sangat.... sebab aku tak suka berkawan serius dengan orang yang dok jauh dengan aku ni... dah la masing2 tak kenai, nak jumpa pun susah.. lagu mana nak serius?? 
 
Aku kalau boleh nak berkawan tu biaq serius, aku tak suka main2.... masa kat sekolah menengah dulu memang ada budak laki yang nak kawan ngan aku, tapi dia bukan nak serius pun.... just nak seronok2 je, sbb masa tu memang tengah trend kapel2 ni.... walaupun dulu aku memang ada hati kat dia.... sbb kenai dia masa tadika lagi...
 
tapi bila dah besaq aku tengok perangai dia ni dah teruk sikit.... suka benaq kawan ngan ramai perempuan...macam playboy plak....
 
tapi sekarang dia dah baik dah.... sambung pulak citer pasai aku ngan laki aku ye... hehe
 
sepanjang kami berkawan ni memang banyak sangat dugaannya... tambah plak bila dia  dah dapat keja kat Port Klang ni, nak jumpa pun dah susah.... 2 3 bulan sekali mai jumpa... huhuhu..
 
aku plak masa keja kat Penang ni, ada gak yang cuba nak mendekati aku... tapi aku tak layan la sangat sebab aku tau aku dah ada yang punya.... nak mampus kau, xde penyakit cari penyakit....
 
tapi kan, tapi kan.... hehehe
 
ada sorang mamat ni dia memang syok kat aku..... hehe.... malu aiii.... dia kata pertama kali dia tengok aku dia dah tangkap cintan ngan aku...
 
kira macam love at the first sight la ni.......
 
aku pun mula2 macam tak percaya la ngan kata2 dia..... besa ar lelaki...mulut kan manis..... sebelum dapat macam2 ayat-ayat cintan, maggi, mee sedap, saji semua keluaq, bila dah dapat, apa pun takde.....
 
tapi bila aku kenai dia, memang aku tau dia bukan laki jenis ayat2 cinta ni.... dia jenis jujur... sebab tu dia berani berterus-terang tentang perasaan dia kat aku.... masa tu dia memang single lagi.... dia penah kata kat kawan dia yang dia tak percaya cinta pandang pertama ni, tapi bila kena kat batang hidung dia sendiri baru dia percaya.... :-)
 
aku ni xde la nak syok kawan ngan dia tapi aku rasa dihargai bila kawan ngan dia ni.... yang wat aku terharu, dia sanggup beli simkad yang sama no ngan aku untuk kol aku berjam2 lamanya.... sebelum ni dia pakai no lain.... siap beli handpohe lagi untuk simkad baru dia tu....
 
aku takde la nak tangkap cintan ngan dia.... tapi aku selesa kawan ngan dia.... he just a nice guy....
then, ada lagi la mamat yang nak berkawan ngan aku, tapi bagi aku kawan besa2 boleh la... nak serius mintak maap la...

akhirnya, aku melangkan setapak lagi dalam perhubungan aku ngan laki aku ni.... kami bertunang pada bulan Jun 2010.... orang kata masa bertunang ni darah tengah manis.... kalau nyamuk hisap, mau kena diabetes.... hehehe

masa bertunang ni dugaan.... MasyaAllah.... banyak sangat..... kalau tak kuat iman dan rasa cinta dan sayang, mau terputus di tengah jalan..... aku pilih laki aku ni sebagai suami aku sebab dia sorang yang setia... dia memang setia ngan aku... walaupun dia ni hensem dan badan pun ala2 Aaron Aziz masa muda2 dulu, aku tau dengan pakej yang dia ada tu, dia boleh je nak pasang orang lain.... tapi dia bukan laki yang macam tu.... that's way aku sayang sama dia maa.....


lagi satu, dia bukan perokok....aku memang suka laki tak merokok.... aku dah pesan kat dia, kalau dah kahwin nanti, aku dapat tau dia hisap rokok, aku tak mau cium..... hahahaha

dan yang paling penting, dia dah ada keja tetap dan dah ada duit untuk nak kahwin.... dan duit simpanan lepaih kahwin... memang aku tabik ngan dia bab ni... dia bukan jenis boros dan beli barang ntah pape, apatah lagi nak bergaya stylo ke hape ke.....

dia memang laki yang baik dan bertanggungjawab..... lagi satu sebab aku sayang sama dia.... sebelum aku nekad nak bertunang dan lebih serius ngan dia, aku selalu doa pada ALLAH tiap kali lepas solat,

 `Ya Allah, kalau dia adalah jodoh yang telah Kau tetapkan untuk aku, maka dekatkanlah aku dengan dia, satukanlah kami Ya Allah,

Kalau dia bukan jodoh yang telah Engkau tetapkan pada ku, maka Kau jauhkanlah dia dariku... Amin...' 

Jodoh kami kuat, kami bertunang dan disatukan pada bulan Jun tahun 2011.... 2012 kami jadi ibu dan ayah dengan kehadiran Muhammad Ariq Ilman.....

kami kenai dan berkawan hampir 7 tahun... la dah nak masuk 3 tahun usia perkahwinan kami.... semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga..... AMIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan