Klik-Klik Lah Ye

Selasa, 6 Ogos 2013

Punar Vivah...

Assalamualaikum w.b.t.

Wah... dah nak dekat raya dah... lusa dah raya... Tak sabar nak balik kampung.... Nk jumpa pak, mak, abang, adik, mak, abah, abang long, ngan adik su dan saudara-mara aku yang lain.... Raya kali ni memang lain la sikit sebab aku beraya dengan anak aku Muhammad Ariq Ilman.... Tahun lepaih beraya berdua.. tahun ni beraya bertiga... bukan dengan orang ketiga ye.... Awasss..... haha...
Anak aku dah 9 bulan 3 minggu....  Aku banyak beli baju raya dekat dia.... excited punya pasai... hehe....Pape pun anak aku dahulukan, suami diutamakan.... (eh, bleh ke ayat lagu ni) bantai je lah.....


Ok kali ni aku nak citer kat korang pasai drama hindi yang aku suka tengok kt Astro.... Tajuk drama ni Punar Vivah.... maksudnyer Perkahwinan Semula.... Aku tengok citer ni masa tahun lepaih lagi.. masa tu aku mengandung.... drama ni bersiaran setiap hari Isnin- Jumaat pada pukul 6.30 petang... Balik dari kerja aku terus bukak tb nak tengok citer ni... sebelum citer ni stat ada drama hindi yang lain... so, tara nak tunggu drama tu mula aku layan la dulu drama Hindi yang ada... Hero ngan heroin drama ni kacak dan cantik... bukan setakat tu je, lakonan dorang pun bagus sangat... pandai dorang menghayati watak... (tambah2 plak bila tang babak romantik tu... senyum sorang2 aku.... hihihi)

Sinopsis citer tu macam ni...

Punar Vivah adalah kisah dua individu Yash & Aarti, yang terletak di bandar India Bhopal di negeri Madhya Pradesh. Aarti adalah seorang janda dengan seorang anak lelaki, Ansh. Yash adalah seorang duda dengan dua orang anak perempuan, Payal  dan Palak. Suami Aarti iaitu Prashant telah empat tahun meninggalkanya. Isteri Yash pula iaitu Arpita, meninggal dunia tiga tahun lalu. Aarti telah dijodohkan oleh adik Yash iaitu Pratik. Pada mulanya Yash dan Aarti hanya berkahwin untuk kesejahteraan anak-anak mereka. Lama kelamaaan Aarti dan Yash mula jatuh cinta. Sehinggalah mereka mempunyai seorang anak iaitu Aayu, hasil dari perkahwinan mereka. Sepanjang perkarhwinan mereka, bermacam-macam dugaan dan cabaran yang perlu mereka tempuhi untuk mempertahankan perkahwinan mereka di samping cuba mengambil hati anak-anak dan keluarga masing-masing.

Aku punya addict ngan drama ni sampai la satu hari tu bila aku on TV ja, tekan remote control untuk subtitle Bahasa  Melayu tak boleh keluaq plak.... apesal plak?? aku pun teruih je la kol Astro tanya kenapa?? dah la masa tu episode tengah best... Jawab Astro, dorang ada masalah sikit dengan subtitle drama Hindi dari pukul 5.00 petang sampai la drama pukul 8.30 malam... patut la drama sebelum ni aku tengok tak de subtitle... huhuhu... aku yang tak brapa nak paham Hindi ni buat2 paham je lah... tengok je lah adegan dalam drama tu... layan je lah....

Drama ni memang panjang...beratus-ratus episod.... dari aku mula2 mengandung masa tu kalau tak silap aku 3 bulan sampai la anak aku dah 9 bulan lebih ni.... (haa, betapa panjangnya drama ni,  bleh korang bayangkan tak??)  la ni drama ni dah bertukar watak dan jalan citer yang lain... sebelum masuk citer yang baru ni, kat hujung citer asal ada ditunjukkan watak2 dalam citer yang baru ni... macam kesinambungan citer yang pertama... cuma watak citer lama tak de dah dalam citer baru ni... citer baru ni pun best gak...

Nanti aku citer kat korang citer baru ni macam mana pulak ye....

Hepi reading....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan