Klik-Klik Lah Ye

Khamis, 22 Ogos 2013

Bila Tiket Parking hilang....

Assamualaikum w.b.t.

Hai... hello... hmm, lama aku tak update entri kan?? Maaf la ye... agak sibuk minggu ni... ok, kali ni aku nak story kat korang pengalaman aku pabila tiket parking aku hilang.... Citer nyer macam ni....

Hari Jumaat lepas, aku ditugaskan menjaga peperiksaan di Insitut Latihan Maritim di Bukit Tinggi, Klang.. Exam tu sepatutnya kawan opis aku yang jaga tapi sebab dia amik cuti 2 hari sebab anak dia kena tahan wad, jadi dia minta tolong aku jaga exam tu.... macam pengawas peperiksaan la... Soalan Peperiksaan pun aku dah siap print pagi tu... Exam stat pukul 3 petang... Tengahari tu pukul 12.30 tengahari aku ngan CC aku, Pn. Faridah dan kawan opis aku Halimah pergi melawat P.A Pengarah yang sedang bercuti bersalin, Puan Norhasni di rumahnya di Teluk Pulai...

Pas aku tengok dia ngan anak dia, nak dekat pukul 2 baru aku keluaq dari rumah dia.. CC aku ngan Limah naik kereta sekali, aku bawak kereta aku sebab nak balik rumah aku dulu.. nak simpan ikan yang aku beli dekat pasar pagi tu dalam peti ais sebelum aku pi Institut tu... nanti kalau aku simpan ikan tu dalam kereta sampai abis exam kang, busuk plak ikan tu... abis kereta aku berbau ikan... Ishh, tak nak la aku....

Pukul 2.25 petang aku bertolak dari rumah aku.... aku harap aku sampai sebelum pukul 3 la... aku tak nak lambat... tak syokk la dorang tunggu aku plak... aku parking kereta aku kat dalam Hotel Premier, Bukit Tinggi Klang... Institut tu terletak dekat bangunan belakang Hotel Premier tu... Tiket parking aku letak dalam handbag aku sebab nanti nak kena bayaq kat mesin Autopay... Aku pun berjalan la ke Institut tu... lagi 5 minit pukul 3 aku sampai... lega aih.... Aku disambut oleh En. John, tenaga pengajar dekat situ... Dia membawa aku masuk ke dalam bilik peperiksaan tu, di dalam tu ada En. Raju dan 6 orang calon exam...

Pukul 3 exam tu stat.... Hampir pukul 4 baru la abis... Aku bawak beg galas belakang kawan aku untuk letakkan soalan exam tu.... aku pun berjalan semula ke hotel tu.... masa dalam lif hotel nak ke tempat parking, aku bawak keluaq tiket parking siap2 ngan dompet aku.... Keluaq dari lif mesin Autopay ada kat sebelah kanan... aku pun bayaq la parking tiket tu.. RM2.00
Masa dalam perjalanan ke kereta, tangan aku penuh ngan barang... dompet, kunci kereta, parking tiket dan resit parking.... Masuk dalam kereta aku stat enjin kereta... beg galas aku letak kat tempat duduk belakang.... handbag aku letak kat tempat duduk penumpang sebelah aku....

Masa tu la aku teringat kat tiket parking...Eh, aku letak mana plak tiket parking ni?? aku pun cari la kat tempat duduk penunpang sebelah aku... Tak jumpa pun... Haa, sudahhh.... mana pi plak tiket ni.... aku pun selongkaq la balik handbang aku ni.... cari2 tak jumpa gak... Hadoiiii.... aku adjust plak tempat duduk aku ngan penumpang.... kot2 jatuh terselit ka.... Ish, tak jumpa gak.... Mana pi oii.... kat setengah jam aku cari.... tak jumpa gak.... Masa tu datang Pak Guard hotel tu, dia tengah round kot... dia tanya aku ada masalah ke??dari percakapan Pak Guard tu aku tau dia Orang Indon.... aku bagitau tiket parking hilang.... dia bagitau kalau tiket parking hilang kena pi ke pejabat kat bawah.. mungkin kena bayar denda... RM 30

Ha!! RM 30!!!!... Huhu... melayang la duit aku... dah la gaji minggu depan.... aku tak puas hati... aku cari lagi.... Tapi masih tak jumpa gak... Hampir setengah jam aku kat situ... dah tak jumpa, aku decide nak pi ke pejabat parking... Pak Guard tu bawak aku... Sampai kat tempat parking tu aku jumpa ngan pekerja hotel tu...lelaki.. Kemas orangnya... dan aku rasa bawah 30an... Dia tanya aku,

"Tiket parking hilang ke kak?? 
" Ha`a la dik.. akak dah bayar parking tu, tapi bila masuk dalam kereta akak tak tau plak mana akak letak tiket parking tu" 
Sambil aku tunjukkan resit parking... dia pun tengok la resit aku tu... pas tu dia cakap...

"Tiket parking kalau hilang kena bayar denda RM30 kak..."
"Ala dik, akak dah bayar tiket tu, takkan nak kena bayar denda gak...." kata ku seolah-olah merayu... 

Lelaki tu diam... Pas tu dia cakap

"Akak bayar je lah RM 10...."
"Ala dik, kalau akak tak bayar leh dak... sebab akak dah bayar parking dik"

"Tak boleh kak, akak kena bayar denda gak, baru saya bleh bagi tiket baru kat akak"
"Kena bayar jugak la ni ye dik"

"Ye kak..."
"Hmmm... "

Aku ternampak dalam tu ada banyak skrin CCTV... aku tanya dia, kalau aku nak tengok CCTV bleh tak dik? Aku nak tengok kat mana aku letak tiket parking tu... Dia pun try la tengok CCTV, aku bagitau kat dia tempat aku parking tu kat mana.... Dia pun cari la.... Jam hampir pukul 4.40 dah masa tu.... Lepas tengok CCTV tu, aku nampak yang aku pegang tiket tu lepaih bayaq.. aku pun cepat2 cari lagik dalam handbag aku.. pun tak jumpa gak... aku pasrah...

Aku pun keluarkan not merah dari dalam dompet aku.... Ralat je aku rasa masa bagi duit tu pada lelaki tu... dia pun cari la tiket baru untuk aku.... dia cakap,

"Akak nak bawak turun kereta dulu ka atau nak tunggu kat sini"
"Hmmm... akak naik atas dulu la, nanti akak bawak turun kereta kat sini ye"

"Nanti akak turun saya bagi tiket kat akak ye"
"Ok dik..."

Aku pun naik la kat atas balik... dalam perjalanan ke tempat parking keta aku tu, aku berdoa dalam hati... Harap2 jumpa lah tiket tu ya ALLAH, boleh gak aku beli susu anak aku ngan duit RM10 yang aku bayaq denda tu

Sampai kat kereta aku, aku masuk duduk dalam kereta.. Aku tengok kat tempat duduk sebelah aku tu... tiba2 aku ternampak ada satu kertas kat celah tempat duduk tu... aku tunduk tengok sambil tangan aku tarik kertas tu... Rupa-rupanya kertas tu adalah tiket parking.... Ya ALLAH.... syukur Alhamdulillah!!!... aku jumpa jugak tiket tu.... masa tu jam dah hampir pukul 5 petang....aku pun cepat2 drive kereta aku nak turun bawah... Masa nak turun tu aku jumpa Pak Guard tadi yang tolong aku tu... aku bagitau pada dia yang aku dah jumpa tiket tu, syukur sangat... Pak Guard tu kata, baguslah dah jumpa.... syukur... aku ucapkan terima kasih pada dia sebab tolong aku...



 Tiket Parking yang aku jumpa semula... Syukur....



Masa aku turun bawah tu, aku nak cari balik kat mana opis tu, tapi aku tak jumpa plak.... Kat 10 minit aku pusing2 kat tempat parking tu... Lepas aku bertanya dengan sorang staff keja kat hotel tu kat mana pejabat parking, dia pun tunjukkan arah... pas ucap terima kasih, aku pun teruih je kat opis tu...  mujuq la jumpa... pas aku tunjukkan tiket tu, lelaki tu pun pulangkan semula duit aku... sorang lagi staff kat situ kata, aku kena bayaq balik kat Autopay...Aduh, nak kena cari mesin Autopay pulak....  aku cari plak mesin Autopay... Dah jumpa, masa nak bayaq tak boleh plak sebab aku dah bayaq tadi...Pulak dah... mungkin orang tu tersilap kot....

Aku keluar dari hotel tu lepas pukul 5. jalan pun agak jammed la.... Tapi aku lega bila aku jumpa balik tiket tu... Dan kehilangan tiket tu jadi pengajaran dan pengalaman pada aku supaya lebih berhati2 pada masa akan datang... aku ni pelupa sikit... Korang ada tak pengalaman tiket parking hilang ni?? kalau ada komen la kat bawah ye... macih...

Terima kasih sudi baca entri panjang.... Hepi reading...

1 ulasan:

  1. Kalau contoh naik muto tpi masatu tak tahu lagi psal tiket . Ingtkan muto kene ambik tiket kt mydin lps nk blik tu nmpk muto lain keluar kt laluan sempit khas untuk muto . Then baru skrg ingt yg tak pulangkan pun tiket mydin . Macam mana ye ? Nk hntr balik confirm mahal , tolong sayaaaa !!! 😭

    BalasPadam