Assalamualaikum w.b.t
Korang mimpi apa malam tadi? mimpi best ke mimpi seram?? ka mimpi sedih?? korang pernah tak tengah syok tidoq, pastu korang bermimpi... and then dalam mimpi tu plak something yang sedih terjadi, dan secara automatic ayaq mata korang laju je turun.... huhu....
pernah tak jadi lagu tu kat hampa??
bila korang tersedaq yang korang nangis tengah tidoq, apa yang korang buat ek??
korang bangun, celik mata dan kesat ayaq mata?? pastu baru korang tersedaq dan dalam hati kata... oh, aku bermimpi rupanya...
atau
korang sambung balik menangis.... menangis dan menangis..... huhuhu
aku??
aku penah alami benda macam ni.... baru2 ni, aku mimpi pasai Ariq.... mimpi yang sangat sedih.... yang membuatkan aku menangis ketika tidoq....
bila aku sedaq, baru aku tau yang aku bermimpi.... tapi aku masih lagi menangis.... aku tengok Ariq yang nyenyak tidoq kat dalam baby cot dia.... aku angkat dia dan letakkan dia kat atas katil aku.... aku cium anak aku beberapa kali.... aku menangis tersedu-sedan lagi...
aku belai2 dia.... aku doa pada ALLAH peliharalah anak aku.... aku rasa sedih dan sayu sangat.....
aku sambung tidoq balik.....
tapi tidoq aku dan suami agak terganggu sbb Ariq lasak waktu tidoq... kaki dia ditendang kat muka ayah dia... huhu....
last2 aku angkat dia dan letak dia balik dalam baby cot dia....
sebelum tu aku cium dia dulu.....
Ibu sayang Ariq tau......
:-)
Terima kasih sudi baca.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan