Klik-Klik Lah Ye

Selasa, 31 Disember 2013

Bye Bye 2013.... Hello 2014

Assalamualaikum w.b.t.
 
hari ni dah 31.12.2013...cepatnya masa berlalu.... umuq aku pun kin lama kin meningkat.... aku pun dah kahwin, dah jadi bini orang dan dah jadi ibu pun.... anak aku pun dah 2 bulan setengah... dah boleh berjalan pun....
 
sepanjang tahun ni, banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui.... yang paling best tahun ni, aku dan laki dan anak aku pindah ke rumah baru.. sebelum ni kami sekeluarga dok kat kuarters ja... so, dok kuarters ni tak boleh la nak beli perabot banyak2.... nanti nak pindah susah.. so, kami pakai la apa yang ada, kebanyakan barang dalam rumah kuarters tu adalah barang masa aku dok rumah sewa kat Penang....
 
bila aku dah dapat tukaq kat Port Klang aku angkut la barang2 aku mai sini, kereta plak kecik comey ja macam tuan dia.... seb bek muat.... bila nak dah pindah ke rumah baru, aku pun beli la perabot dalam rumah, dapat gak aku set bilik tidoq, sofa, meja makan, dan dapuq gas jenis flat tu...
 
harga??
 
almost 6 K jugak ler....
 
tapi berbaloi la sbb aku guna duit KWSP aku... aku pun dah pilih berpencen... jadi dah boleh bawak keluaq duit KWSP kalau dah sah dalam perkhidmatan dan genap 3 tahun berkhidmat...
 
at least nampak jugak ler benda dengan duit tu.... daripada aku beli benda ntah pape tapi tak nampak... kan?kan?
 
bila dah dok rumah sendiri ni boleh la aku nak menghias macam mana pun... kalau dok kuarters @ dok rumah sewa, kita menghias la macam mana pun tapi bukan rumah milik kita jugak... cantik macam mana pun tapi bukan rumah kita....
 
betoi dak???
 
rumah yang kami beli tu pun selesa.... bilik 3, bilik ayaq 2... master bed room besaq tau.... hehe.... asalnya nak beli rumah lain... tapi bila tengok banner rumah yang kami cari tu, tunjuk arah tang lain plak.... cari2 tak jumpa, tapi jumpa rumah lain yang dah siap... tunggu CF ja...
 
mungkin rezeki kami dan rezeki anak aku.... masa tu aku baru mengandung 3 bulan lebih.... bila kol pemaju, dia kata ada lagi kosong 2 buah rumah je.... yang tinggai end lot dan rumah intermediate... kalau orang yang booked rumah end lot tapi loan dia tak lepas, mungkin rezeki kami.... hampir sebulan tunggu, pemaju kol yang loan orang booked rumah end lot tu tak lepas, so kami boleh booked rumah tu... kami pun decide la  beli rumah tu... bulan 7 rumah tu dah dapat CF... masa tu aku dah sarat...
 
masa aku bersalin bulan 10, laki aku dah dapat kunci....sebelum bersalin, aku masuk la rumah tu, kami bincang la nak cat kaler apa, brapa bajet, nk pasang gril lagu mana, nak pecah belakang dapuq ke tak, dan lain2 lagi la....
 
hujung bulan 2 kami pun pindah ke rumah baru.... aku masuk keja balik pertengahan bulan Januari... lepas cuti bersalin 3 bulan....
 
walaupun macam2 masalah yang kami hadapi dengan kontraktor rumah, tapi kami tekad gak nak pindah rumah... . ada 2 sebab
 
sebab pertama
 
1. pinjaman rumah dah mula potong bulan Januari.... rumah kuarters pun potong gak... so sebulan hamper 1 K potong tau!! sesak kitaorang masa tu...
 
sebab kedua
 
2. anak plak dah hantaq ke pengasuh.... ulang alik rumah pengasuh kat area rumah yang kitaorang beli tu pun dah 20 kilo lebih, dari rumah pengasuh ke tempat keja je dah 10 kilo lebih.. so sehari ulang alik 60 kilo..... sebulan?? mau minyak keta RM300 sebulan... aiyak....
 
kami pindah gak rumah hujung bulan Februari walaupun masa tu rumah TAK DE GRILL.... YE TAK DE GRILL WALAUPUN DUIT UNTUK GRILL DAH BAGI KAT KONTRAKTOR... langsir pun tak pasang lagi.... kita orang just tutup tingkap ngan surat khabar je... perabot pun dah habis bayaq tapi bagitau kat owner kedai tunggu rumah dah siap baru boleh hantaq....
 
kontraktor lari..... HUAHUA....sedangkan banyak lagi benda yang dia perlu buat.... barang2 dia pun dia tinggai macam tu ja.... MEMANG KITAORANG SEDIH DAN SAKIT HATI DIA WAT KAMI LAGU TU.... tapi kami redha.... mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.... walaupun kami rugi tapi rezeki kami tuk cover balik apa yang kami rugi dan kena buat balik apa yang kurang, rezeki kami masih ada lagi.... mungkin itu rezeki anak....
 
la rumak kami pun dah pasang grill, dah selamat aku rasa dan perabot dah ada dalam rumah tu..... gambaq kahwin pun dah pasang kat dinding, jam dan hiasan dinding pun ada.... tahun depan nak beli almari tuk pakaian anak plak.... ingat nak beli cabinet dapuq la even dah ada kitchen cabinet pasang siap.... nak beli cermin gak nak tak kat hall.... hehe...
 
Moga Tahun 2014 memberikan banyak kenangan manis buat kami sekeluarga.... dan ada rezeki aku tuk beli barang2 yang ku sebut tadi.... doakan tuk saya ye....
 
Terima kasih sudi baca....:-)
 
 
 
 

Jumaat, 27 Disember 2013

Fisher-Price Link A Doos Kick N Play Piano-Preloved Baby Toys

Assalamualaikum w.b.t.
 
Salam Jumaat semua...moga hari ni lebih baik dari semalam dan semoga aktiviti kita pada hari ini diberkati dan dirahmati oleh ALLAH s.w.t... AMIN....
 
Ok, aku ada barang nak let go ni....
Ni barang mainan khas untuk baby...
Kalau korang ibu @ bapa yang sedang mencari mainan untuk anak, aku ada barang yang aku nak jual..
 
Barang tu adalah yang ini
Fisher-Price Link-A-Doos Kick N Play Piano

Fisher-Price Link-A-Doos Kick N Play Piano




Daripada hanya berusia beberapa bulan , bayi mula menyatakan diri mereka dengan menendang . Ia adalah salah satu cara pertama mereka menunjukkan minat dan keseronokanKick & Play Piano menggalakkan bayi anda menggunakan usul menendang semula jadi untuk membuat perkara yang menarik berlaku!Kunci piano lembut bertindak balas dengan mudah kepada sentuhan bayi, manakala lampu berkelipan " tarian" dalam masa untuk muzik dan bunyi haiwan yang menyeronokkan

 
Termasuk kawalan kuasa / isipadu dan automatik menutup- off untuk memelihara bateri

 
Memerlukan 3 bateri AA alkali ( Tidak Termasuk)


Tiga mod main untuk kegunaan lanjutan :


1. Melody Medley
 
• bermain Berterusan 10 lagu-lagu manakala lampu " tarian" bersama-sama


2. Main & Belajar

• Menendang kunci menghasilkan muzik, bunyi dan lampu• Tetapan berbeza membantu bayi belajar huruf, nombor , warna, bentuk dan bunyi haiwan

3. Tingkat Piano

• Kekunci memainkan nota seperti piano apabila bayi sudah bersedia untuk konsert di luar katil bayi !

Oleh sebab bayi memerlukan pelbagai rangsangan sepanjang hari, sistem Link- a- doos menjadikannya mudah untuk menukar mainan sekitar kerap , meningkatkan pembangunan bayi dengan pemandangan baru yang segar , bunyi dan tekstur untuk meneroka

Faedah pemajuan:

Merangsang Senses
• Visual Merangsang bayi dengan lampu menari & grafik terang
• Muzik & bunyi menyeronokkan meningkatkan kemahiran mendengar
Membangunkan Kemahiran Motor
• Menendang & mencapai membangunkan kemahiran motor kasar
• Menekan kekunci piano meningkatkan kemahiran motor halus
Menggalakkan Kebolehan Kognitif
• Memperkenalkan huruf, nombor , bentuk & warna
• Membantu bayi memahami hubungan di antara haiwan & bunyi

dimensi:• 25.7 "(L ) x 1.6" (W ) x 12.7 "( H)

Boleh juga diikat di dalam katil bayi.

Bateri AA 3 biji (not included)

condition: 9/10
Sebab untuk dijual : Anak saya dah tak berminat untuk bermain.

Harga Pasaran RM: 130.00 hingga RM 180.00
Harga Untuk Dijual : RM 80.00 (nego)
price inclusive postage
Sabah & Sarawak tambah RM 5.00


Mainan ni sesuai untuk bayi berumur 6 bulan hingga 2 tahun....

So, kalau korang berminat, pm la aku ye.... ni alamat emel aku, merpatiputih86@gmail.com

 harga boleh nego lagi.....

SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

TERIMA KASIH SUDI BACA.... :-)

Khamis, 26 Disember 2013

Susu Anak Dah Naik Harga.....

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku pergi ke kedai yang selalu aku pi untuk beli susu anak.... kedai ni memang banyak cawangan kat Port Klang.... kat Port Klang saja dah lebih 5 buah cawangan dia.... setahu aku, kedai ni hanya ada kat Selangor aje.... Masa aku sampai kat rak susu tu, aku cari la susu ni

Dugro
DUMEX DUGRO 1-3 Tahun Perasa Asli

Anak aku memang minum susu brand DUMEX masa baby lagi.... bila dia dah masuk setahun, aku tukar la pada DUMEX Dugro 1-3 tahun perasa ASLI ni.... kalau kat kedai tu harga RM 19.90 untuk 900 gram... tapi semalam aku tengok harga dah RM 21.65.... huhu...banyak ye naik.... masa nak beli tu aku dok pikiaq 3 4 kali jugak la nak beli ke tak nak beli ke tak nak beli ke tak... last2 aku beli jugak la 2 bungkus... kat rumah ada 1 bungkus je lagi.... Kalau nak dibandingkan harga kat kedai bayi yang kat kampong aku di Penang, DUMEX Dugro 1-3 tahun ni RM 20.90 je.... (kalau aku tau kat kedai tu dah naik harga, aku beli je kat kedai bayi tu.....)
Anak aku makan CERELAC.... sejak akhir2 ni dia tak suka la plak makan nasi @ bubur.... jadi, aku kena standby la CERELAC ni kat rumah dan rumah pengasuh... sebelum ni harga CERELAC RM 9.65...tapi semalam dah naik jadi RM 9.80... aku beli gak la 2 bungkus sebab kat rumah dah habis...

Nestle Cerelac Oat, Prun dan Gandum 8 bulan ke atas


Aku ada gak try susu Enfagrow A+ Step 3 1-3 Tahun


 


Susu Enfagrow A+ Step 3 1-3 Tahun 
Tapi susu ni agak mahal la.... RM 40 ++ untuk 600 gram... aku saja syok2 nak try susu ni..... tapi aku bagi minum kat rumah aku je.... kat rumah pengasuh DUMEX Dugro tu.... jimat sikit...
 Aku ingat nak bagi anak aku try susu ni plak nanti...
Nestle Nan Grow Step  1-3 Tahun
atau
Dumex  Mamil Learning 1-3 Tahun
atau
Anmum Essential Step 3 1-3 Tahun
 
Yang mana satu anak korang minum ye.... share la kat sini.... apa kelebihan susu-susu ni...
 
Terima kasih sudi baca