Klik-Klik Lah Ye

Khamis, 15 Ogos 2013

Muhammad Ariq Ilman genap 10 bulan dah...

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah.... Anak aku Muhammad Ariq Ilman dah genap 10 bulan hari ni.... Ariq pun dah membesaq dengan sihat dan kuat... Dah banyak ragam dah la ni... Kalau dulu aku tinggai dia dalam bilik sorang2 atas katil dia, dia tak bunyi pun... senyap ja dalam bilik tu... main ngan bunny dia.... la ni, aku letak dia dalam katil, keluaq jap je dari bilik, mulut dia dah bunyi bising2 panggil aku... Ingat aku tinggai dia la tu...

La ni anak aku dah nak tumbuh gigi kat atas plak... patut la asyik menyembuq aja... sapa yang dukung dia mesti kena sembuq... haha... gigi bawah dia dah tumbuh dua batang kat depan.... seronoknya jadi ibu ni.... Nikmat dari ALLAH... bahagia je aku rasa bila ada anak ni.... keutamaan aku sekarang ni pun lebih kepada anak....

Bila aku tengok anak aku, rasa macam tak percaya yang aku dah jadi seorang ibu.... aku memang suka ngan baby2 ni.... masa aku kecik2 dulu, aku selalu gak le ngasuh anak sedara aku... jadi bila ada anak sendiri ni, at least aku dah ada pengalaman....


 Muhammad Ariq Ilman



Senyuman anak yang membawa sejuta kebahagiaan pada aku
 
Sama tak muka saya ngan ibu saya?? Sama kan? Sama kan?
 
Terima Kasih ALLAH s.w.t. kerana menjadikan Hamba-Mu ini seorang IBU.... Kau berikanlah Hamba-Mu ini kekuatan supaya dapat menjaga amanah dari Mu ini dengan sebaik-baiknya agar Hamba-Mu ini dapat mendidik dan membesarkan anakku dengan sempurna, dengan didikan agama agar anakku menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa, bijak dan baik budinya.... Semoga anakku sentiasa di dalam peliharaan-Mu Ya ALLAH...... Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan