Klik-Klik Lah Ye

Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
 


SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
 
Tarikh 12 Mei setiap tahun akan disambut sebagai Hari Ibu di seluruh dunia... pada masa ini lah kebanyakan ibu di seluruh dunia diraikan oleh pasangan mahupun anak- anak dan keluarga masing... Ada yang mengadakan majlis sambutan Hari Ibu ni di hotel-hotel, restoran-restoran mahu pun di kediaman masing-masing... Tak lupa juga hadiah istimewa buat ibu-ibu tersayang...
 
Aku walaupun dok berjauhan dari keluarga tercinta, aku akan telefon ibu di kampung dan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tersayang... Aku bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana hingga saat dan detik ini aku masih lagi mempunyai ibu dan masih lagi dalam keadaan sihat walaupun ibuku menghidapi sakit lutut dan kadang kala menyukarkan pergerakan hariannya samada di tempat kerja mahupun di rumah... apa pun aku sentiasa berdoa pada ALLAH s.w.t  semoga ibuku dalam keadaan sihat dan dipanjangkan lagi umurnya... AMIN...
 
Aku pula telah diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk menjadi seorang ibu... Yaa... IBU....
 
Itulah saat yang aku paling nantikan setelah aku diijabkabulkan oleh pilihan hati aku.... setiap doaku selepas solat aku akan memohon kepada ALLAH s.w.t agar aku mengandung dan menjadi ibu secepat mungkin... sehinggalah akhirnya doaku dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t... aku mengandung akhirnya dan anak yang ku kandung dalam keadaan yang baik sehinggalah aku selamat melahirkannya.... AKHIRNYA AKU MENJADI SEORANG IBU... HAMBAMU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH, ALHAMDULILLAH...
 
Buat ibuku Noorsiah binti Mohd Daud , Selamat Hari Ibu angah ucapkan pada mak, dan angah doakan mak dipanjangkan lagi umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat selalu...
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan